Special trip 4 abah n mak....

Alhamdulillah dengan berkat doa abah dan mak, rezeki kami sekeluarga datang mencurah-curah walaupun macam2 dugaan yg mesti di tempuhi dari pelbagai "pihak"...kami bercadang untuk membawa mak dan abah melihat dunia luar dan kalau tak salah, last abah n mak keluar negara pun adalah pada tahun 1993 (ke Mekah)..

Destinasi yg akan dituju adalah Bandung Indonesia...Idea untuk kesana telah disuarakan oleh isteri tersayang yang nak sangat ke sana setelah pulang dari Beijing.kalau nak diikutkan abah pernah pergi ke Medan Indonesia dan oleh sebab itu kami pn decide nak ke Bandung pulak..dari carian kami di blog2, Bandung merupakan pusat syurga membeli belah dan ada juga la tinggalan sejarah dan yang paling penting gunung berapi bukan "batu api" yg lama tak aktif dah namanya Tangkuban Perahu....

Segala persiapan sedang dibuat..passport abah telah diperbaharui dan passport mak telah dibuat baru...sebelum ni mak pn pernah ada passport tapi passport tabung haji ja bukan passport International..

passport abah n mak

Insyallah kami akan kesana pada 10 feb nie. Tiket kapal terbang, hotel, kenderaan (innova) dan supir yg nak bawa kami berjalan kat sana telah ditempah...kali nie kami tak guna travel n tour agency tapi kami try guna ground and personal arrangement..selesa sikit la sebab tak perlu nak berkumpulan ramai2..bole ikut kepala sendiri ja nak p mana2 pn...

okey la sampai setakat ni dulu dan doakan kami sekeluarga......

(nukilan anak bongsu)


0 comments:

Post a Comment